12 Tahun Tsunami: Polis Thailand Dedahkan Perkara Mengejutkan !

Tags



BANGKOK – Genap 12 tahun kejadian tsunami Lautan Hindi pada 26 Disember 2004, polis Thailand mendedahkan sekurang-kuranganya 400 mayat mangsa masih lagi tidak dapat dikenal pasti.

Reuters melaporkan, kejadian yang mengorbankan 226,00 orang keseluruhannya berpunca dari gempa bumi bermagnitud 9.15  berdekatan wilayah Aceh, Indonesia sebelum tsunami membadai dari arah Lautan Hindi.

“Semenjak tsunami 2004, pihak berkuasa hubungi sehingga 5,000 saudara terdekat untuk hadir dan kenal pasti mayat, namun ada 400 mayat masih tidak dikenal pasti,” jelas Anand Boonkerkaew, Timbalan Superintenden Polis daerah Takua Pa di wilayah Phang Nga kepada Reuters.

Selain Thailand, jirannya Indonesia, India dan Sri Lanka merupakan antara negara yang terburuk dilanda tsunami.

Seramai 5,395 terbunuh di Thailand dengan kira-kira 2,000 daripada mangsa merupakan pelancong luar negara.

Kerosakan yang dikenal pasti melibatkan enam wilayah di selatan yang menghadap ke arah Laut Andaman.

Selepas 12 tahun tsunami, kawasan kejadian tetap dipenuhi pelancong terutamanya pada musim puncak dengan bangunan yang musnah digantikan dengan baharu.

Thailand menjangkakan kunjungan seramai 32.4 juta pelancong luar negara sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun, pengkritik berpendapat amaran tsunami Thailand tidak mencukupi kerana sebahagiannya tiada penyeliaan sempurna, tetapi ia dinafikan pihak kerajaan yang menjelaskan sistem itu berada dalam keadaan baik. – MYNEWSHUB.CC