(5 Gambar) Vape Meletup, Lelaki Ini Hilang 7 Gigi, Muka Melecur

Tags


Seorang lelaki terpaksa menanggung derita apabila dia telah kehilangan gigi dan melecur di bahagian muka selepas rokok elektronik atau vape yang digunakannya meletup, lapor DailyMail.

Kejadian yang berlaku di Idaho, Amerika Syarikat terjadi selepas mangsa, Andrew Hall,30, dilaporkan telah menggunakan vape berkenaan pada kuasa kepanasan yang tinggi ketika menyedut asap dari vape berkenaan.


Letupan tersebut bukan sahaja mencederakannya malahan telah menyebabkan berlakunya kebakaran kecil di dalam tandas ruamhnya.

"Semalam ketika saya sedang bersedia untuk keluar bekerja, sesuatu yang tidak disangka dan mengejutkan telah berlaku.

"Saya telah menggunakan vape sejak sekian lama, tetapi ia telah meletup di muka saya.

"Saya kehilangan tujuh batang gigi, dan muka juga terbakar. Kerengkong dan lidah juga cedera," katanya.

Kredit- Siakapkeli.my