Akhirnya Altimet Dedah Punca Sebenar Nekad Berhenti Bidang Nyanyian, Pasti Ramai Peminat Terkejut!

Tags


Penyanyi Rap, Altimet nekad untuk berhenti dari bidang nyanyian bermula pada tahun hadapan. Altimet berasa yang apa yang diinginkan dalam bidang seni sudah tercapai dan mahu menyertai bidang perniagaan pula.

“Alhamdulillah sepanjang pembabitan dalam bidang seni saya sudah mendapat apa yang diimpikan. Kebanyakan yang dirancang dan disasarkan berjaya dilaksanakan, cuma saya kini hanya mengimpikan untuk menerbitkan album berkonsepkan filem,
“Keputusan ini sudah lama dibuat iaitu sejak saya bergerak solo pada 2007. Sudah tiba masanya untuk saya mengundurkan diri. Kata orang lebih baik berhenti selagi masih disenangi daripada berlaku sebaliknya,” katanya kepada Harian Metro.

Pelantun lagu Amboi ini menetapkan tarikh 27 November tahun depan sebagai tarikh penamat kepada kerjaya nyanyiannya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-40.

Kredit: Izyan.com