Akhirnya Tertangkap ! Dah Agak Dah, Ini Reaksi Majikan Bila Didakwa Di Mahkamah

Tags



SEORANG majikan yang dipercayai mendera, merotan dan memukul pekerjanya hingga separuh mati, telah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Tertuduh, Mohd Firdaus Zahari, 36, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan iaitu mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata terhadap pekerja lelaki berusia 21 tahun.


Mohd Firdaus didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pekerjanya, Mohd Firdaus Ibrahim di bangunan rumah kedai bernombor 120, Jalan Bakawali 52, Taman Johor Jaya, pada jam 10.26 malam.

Dakwaan terhadapnya dibuat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 10 tahun, didenda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM5,000 dan menetapkan 16 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Syafiq Ghazali manakala tertuduh diwakili peguambela, Muhammad Ashraff Mohd Diah.

Kes tertuduh mendera pekerjanya ini turut menjadi viral di media sosial baru-baru ini apabila seorang kenalan mangsa mendedahkan mangsa dipukul dan dibakar satu badan oleh majikannya hanya gara-gara tidak mencapai target jualan. 

Kredit– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro