Aku BENCI Pemandu2 Kereta Myvi Sehinggalah Satu Hari Akak Ni Tumpangkan Aku



Saya dari dulu lagi anti dengan orang yang bawa myvi. Sebab pernah kena langgar. Pernah kena caci sebab lintas perlahan. Pernah kena percikan air oleh pemilik myvi masa belajar di Upsi sebelum ni.

Dendam yang saya bawa sampai ke degree berterusan kepada semua pemilik myvi samaada lelaki mahupun perempuan. Di jadikan cerita, saya balik kelas daripada kict dah lewat. Jadi saya berjalan je turun dan tuju nusaibah.

Dalam perjalanan ke nusaibah, dekat simpang masuk ke mahallah aminah di hadapan kulliyyah engineering tu ada sebuah myvi berhentikan kereta dan membuka tingkap. Ada seorang sister yang bawa. Dia pelawa saya untuk naik. Sebab dah lewat. Saya menolak pada mulanya, sebab myvi. Tapi sister tu pelawa dengan baik. Jadi saya pun naik.

Borak dan borak, sister tu dah final year, dari kulliyyah edu. Dalam fikiran saya mungkin dia pelawa sebab dia pun duduk di nusaibah kot. Rupanya dia duduk hafsah. Dia baru balik daripada kelas. Lembut je cara percakapan bakal cikgu ni. Saya sempat tanya, kenapa dia tumpangkan saya. Dia cakap, sekarang banyak sangat kes. Tak salah kalau dia tumpangkan untuk elakkan hal-hal yang tak di ingini jadi. Dia tak kisah kena pusing Uia banyak kali pun, asalkan dia dapat tolong. Berbakti sebelum grad.

Memula saya minta dia hantar dekat gate je. Tapi dia hantar saya sampai dalam. Balik je daripada tumpang sister tu, saya cerita dekat roommates yang ada sister tumpangkan. Rommates pun cakap, diorang berdua dengan dua lagi classmates diorang pernah di tumpangkan seorang sister duduk hafsah. Tapi kereta dia lowered. Masa dekat bonggol celpad, kereta dia tersagat. Sepatutnya diorang yang minta maaf, sbb ramai tumpang dia tapi malam yang diorang tumpang tu, sister tu yang minta maaf sebab kereta dia rendah sikit.

Bila kongsi informasi tentang sister tu, kami peroleh info yang sama. Dan saya yakin itu sister yang sama. Sister final year, dari kulliyah edu, tinggal di hafsah dan bawa myvi lowered.

Dari jauh nampak macam kereta brother je sebab jarang sister bawa kereta lowered rendah sangat ni dan kalau tengok dalam kereta dia sangat bersih. Tayar pun shining je. Pandai jaga dan pembersih dari pemerhatian kami.

Dari tutur kata dia, saya yakin dia ikhls tolong saya dan kawan-kawan saya.

Buat sister yang tumpangkan saya, terima kasih banyak sebab sudi tumpangkan saya. Kebaikan yang sister buat moga di balas baik oleh Allah. Untuk pengetahuan sister, sister dah buat saya kurangkan prejudise buat si pembawa myvi terutamanya di kalangan sister. Cara sister bawa kereta pun berhemah dari sudut pandangan saya.

Terima kasih juga sebab sudi tumpangkan hamba yang pejalan kaki ni dan terima kasih sebab berikan simpati kepada kami yang jalan jauh dari bukit kict menuju ke bukit nusaibah. Moga sister cemerlang dan graduate dengan selamat. Tahniah sister, you gain my respect. 

KREDIT IIUMC.com / Gambar hiasan