Cerita Sebenar Bos Syaitan Bakar Badan Pekerja Bila Tak Capai Sales (3 Gambar)

Tags

B.PNG (625×477)
HANYA gara-gara tidak mencapai sasaran jualan ditetapkan, seorang lelaki berusia 21 tahun menjadi mangsa deraan majikan di Taman Johor Jaya, Johor Bahru.

Mangsa yang bekerja di gerai jualan haruman kereta dilaporkan dibakar satu badan termasuk kaki dan tangan.

Perkara itu didedahkan kenalan mangsa, Mieyah Eyah, menerusi laman Facebooknya.

“Dia buat adik kawan saya separuh mati disebabkan tak target sale meniaga di depan Maybank Perling setiap malam. Dibakar satu badan bila sale takde selama 3 bulan. Tapak tangan dan kaki dibakar. Macam mana nak buat sale. Gaji tak dibayar,” tulisnya.

B4.PNG (585×597)

Selain itu, Mieyah turut mendakwa mangsa tidak pernah dibayar gaji.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Jokhiri Abd Aziz mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Menurut Jokhiri, mangsa dipercayai dirotan dan dipukul oleh majikan lelaki yang berusia 30-an.


Perkara itu terbongkar selepas keluarga mangsa berkunjung ke kediaman mangsa dan mendapati lelaki itu tidak bermaya

Susulan itu, mangsa dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Pihak polis kini sedang memburu suspek yang bertindak melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan dengan senjata.

Kredit – MYNEWSHUB.CC