(Gambar) Al-Fatihah, Dalam Keasyikan Bermain Karom Tiba-Tiba Malaikat Menarik Nyawa Terlatar Atas Meja

Tags


KOTA BHARU - Seorang tukang rumah di sini meninggal dunia ketika sedang bermain karom di sebuah kedai kopi di Kampung Lating, Mulong di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, Mohd Yusoff Mohd Abdullah, 46, dikatakan secara tiba-tiba terlentuk di meja karom dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa dikejut rakannya namun tidak memberi respon dan pengunjung di kedai kopi terbabit mengangkat tubuh Mohd Yusof dan membaringkannya di atas pangkin.

Namun mangsa dikatakan tidak bergerak dan disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Perol selepas melalukan pemeriksaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati mangsa mengalami masalah jantung dan kematian diklafikasikan sebagai mati mengejut.

Jenazah mangsa diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Kredit