(Gambar) Bas Ekspres Bawa 26 Penumpang Terbakar Tengah Jalan

Tags

Serian: Sebuah bas yang membawa 26 orang penumpang dari Kuching menuju Sibu dan Miri dilaporkan terbakar  di Jalan Serian-Sri Aman berhampiran Balai Ringin, di sini, petang tadi, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian itu hanya seorang pemandu bas berusia 39 tahun cedera selepas beliau mengalami kecederaan melecur di tangan dan telinga kiri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, kebekaran berkenaan dipercayai bermula di bahagian enjin kenderaan itu.

"Semua penumpang dan seorang pemandu gantian selamat kerana berjaya menyelamatkan diri keluar dari bas sebelum api marak.

"Api dipadamkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian serta dibantu anggota sukarela dari Balai Ringin," katanya.

Pemandu yang cedera di hantar ke Klinik Kesihatan Balai Ringin untuk rawatan lanjut.

Kredit: mybuletin.net