Kami Tertarik Ulasan ‘Abang Bola’ Kenapa MARA & UniKL Tak Patut Taja Pasukan Bola Sepak Kelantan

Perang dingin diantara pemilik kelab bola sepak JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa nampaknya sehingga hari ini masih lagi berlanjutan.


Dalam kenyataan terbaru yang dikongsi menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers hari ini, TMJ mendakwa pasukan bola sepak Kelantan mendapat tajaan dan dana daripada anak anak syarikat MARA.

Dakwaan ini mendapat pelbagai respon dari netizen namun kami tertarik dengan ulasan yang diberikan Abang Bola.

Tajaan atau paksaan?

Ramai tak paham maksud TAJAAN dalam bentuk PAKSAAN. Maksud nya tajaan tersebut bukan dibuat atas nilai komersial. Kat website @semuanyabolaofficial pernah cerita pasal tajaan ni. musim lepas lepas, syarikat macam Lembaga Air Perak, Syarikat Air Darul Aman, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Terengganu Inc, Menteri Besar Inc, MARA dan lain lain menjadi penaja untuk pasukan pasukan Liga Malaysia. Syarikat ni semua bukan ada produk pun untuk diiklan kan sebagai ganti tajaan mereka pada pasukan bolasepak. Tajaan mereka bukan atas nilai komersial. Ada ke makin ramai penyokong pasukan Perak TBG beli air dari Lembaga Air Perak? Takde kan? Ini lah maksud tersirat TAJAAN dalam bentuk PAKSAAN.

Ianya terjadi bila pasukan dikuasai oleh orang politik, orang ada kuasa. Jadinya bila bos bos besar Lembaga Air Perak ada hubungan dengan exco exco Perak TBG ataupun mereka sendiri adalah exco Perak TBG, memang terjalin lah TAJAAN dalam bentuk PAKSAAN. Padahal tak perlu pun Lembaga Air Perak taja pasukan bolasepak. Bos bos mereka yang guna dana syarikat untuk bagi pada Perak TBG. Semua kerana mainan politik. Sama lah macam kes Tan Sri Annuar Musa. Tak perlu pun MARA taja pasukan bolasepak. Dah lah MARA tu duit kerajaan, duit dari cukai yang dibayar oleh rakyat. Duit yang sepatutnya diguna untuk PENDIDIKAN dan lain lain bantuan kewangan. Tapi disebabkan Tan Sri bos MARA, MARA terpaksa keluar kan dana mereka untuk pasukan bolasepak Kelantan. Itu lah TAJAAN dalam bentuk PAKSAAN

Perlu diswastakan

Tajaan yang betul untuk sesebuah pasukan bolasepak sepatotnya datang dari syarikat yang memang ada produk untuk dipromo. Contoh syarikat MAMEE taja Melaka United. Jualan produk mereka konfem naik di Melaka. Lagipun bersepah sepah gambar produk MAMEE di Melaka. Brand awareness mereka pun melonjak. Ini tajaan yang sebenar. Tajaan yang tak disebabkan oleh unsur politik.

Tajaan dari syarikat swasta yang memang ada produk untuk dijual. Sebab tu penting liga dan pasukan pasukan bolasepak kita ni swasta. Kalau tak swasta, sampai sudah duit kerajaan diguna pakai. Lebih malang bila duit untuk bantuan pendidikan anak anak dipotong dan diberi pada pasukan bolasepak yang sentiasa berhutang setiap musim.

Kredit