Saya Sedia Terima Teguran Tapi… – Respons Aliff Syukri Isu Teguran Nik Abduh



Berikutan jadi viral di laman sosial media semalam mengenai teguran Tuan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengenai iklan terbaru daripada D’Herbs yang dianggap kurang sesuai dengan peribadi seorang yang beragama Islam, hari ini, Datuk Aliff Syukri menerusi laman Instagram beliau telah memberikan komen beliau mengenai teguran yang ditujukan kepada beliau ini.


Saya sedia terima teguran tapi…

Agak terkejut juga saya bila timbul isu berkenaan iklan yang dikeluarkan untuk akhbar Lebih- lebih lagi perkara tersebut ditegur secara terbuka oleh Tuan Nik Mohamad Abduh di laman Facebook beliau.

Pertama sekali, saya amat berterima kasih di atas teguran yang diberikan kerana teguran tersebut amat berilmiah dan siapalah saya untuk menandingi ilmu agama yang ada pada beliau. Saya akui saya memang tidak ada masalah di atas nasihat yang telah diberikan cuma saya agak terkilan apabila mendapat beberapa respon dan persepsi negatif daripada masyarakat umumnya.

Apapun terima kasih atas teguran beliau dan juga semua yang memberi nasihat,Insya Allah mudahan Allah memberkati anda semua di atas nasihat2 yg baik. .
Hadis dari Imam Syafie ada mengatakan “Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi- sembunyi, maka dia benar- benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu”.

Urusan keberkatan rezeki itu milik Allah dan dengan rezeki dari D’herbs, serba sedikit dapat membantu sesama ummah.

Bagi kami, komen yang diberikan oleh Aliff Syukri di atas ini dilihat sangat berani di mana beliau dapat menerima teguran itu secara terbuka tanpa sebarang isu dan cerca. Syabas Datuk!

Kredit: Ohmymedia.cc