Sayu : Selamat tinggal Adik .. Angkara pemandu mabuk adik dijemput ajal (8 Gambar)

Tags

KUANTAN : Luahan sayu seorang kakak kehilangan adik tersayang akibat dilanggar pemandu mabuk malam tadi, pemandu itu bukan sahaja membunuh mangsa malah ada lagi yang cedera akibat dari dirinya yang memandu dalam keadaan mabuk, banyak kenderaan rosak akibat dilanggar kereta suspek.

Mengikut kakak arwah jenazah  akan dikebumikan di Perkuburan Bukit Ubi kuantan hari ini .. ini luahan sayu kakak arwah yang dikenali dengan nama fatin.


Arwah Nazreen Bahari

Ya Allah ..


Sahabat semua tlg saya sedekahkan Al fatihah buat adk SAYA MOHD NAZREEN BIN BAHARI (ayen) yg baru sahaja meninggal dunia .. Allah lebih sayangkan Ko adk .. Ya Allah


Sekelip mata dye pergi aku bagaikan bermimpi 😭 ya Allah kuatkanlah ..
_*"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu"*_

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah ....
Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamin...
MOHD NAZREEN BIN BAHARI


Arwah akan dikebumikan di perkuburan bukit ubi ya, yg mengenali arwah ayen mohd nazreen bahari bley la datang.

Alhamdulillah syukur Allah permudahkan urusan pengkebumian hari ini .. terimakasih pada yg mendoakan adk fatin MOHD NAZREEN (ayen) 
Akk redha walau berat dihati ni Allah.




Utusan melaporkan seorang penghantar surat maut selepas motosikal jenis Yamaha 125 ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis BMW yang dipandu oleh seorang lelaki yang dipercayai dalam keadaan mabuk di persimpangan lampu isyarat Jalan Tanah Putih-Jalan Wong Ah Jang, Kemunting, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Nazreen Bahari, 24, yang berasal dari Kampung Jawa, dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepalanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pemandu kereta BWM yang berusia 44 tahun dan berasal dari Indera Indera Mahkota 1, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana cedera di bahagian kepala.


“Siasatan awal mendapati kereta itu yang menghala ke Gambang, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar mangsa yang berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana lampu merah.


‘’Kereta itu kemudiannya terbabas ke kiri jalan lalu merempuh sebuah kedai yang menjual kenderaan terpakai dan mengakibatkan empat kenderaan didalam kedai itu rosak,’’ katanya.

Kredit: http://ceritagempakkomuniti.blogspot.my