Sibuk Hentam Najib, Akhirnya Skandal Bank Bumiputera Tun M Dikantoikan CIA

KUALA LUMPUR: Dokumen Agensi Perisikan Pusat (CIA) mendedahkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengaku berlaku kegagalan dalam pengurusan Bumiputera Malaysia Finance (BMF), sekitar tahun 1980-an. 


Pengakuan itu terkandung dalam dokumen CIA bertajuk, The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia's Mahathir, yang boleh diakses secara dalam talian. 

Dokumen berkenaan mendedahkan Dr Mahathir mengaku berlaku kegagalan dalam amalan BMF, namun tindakan kerajaan menangani kerugian berkenaan adalah terhad. 

Laporan itu yang juga sebahagian daripada 13 juta dokumen dikeluarkan CIA, minggu lalu, turut mempersoalkan tindakan Dr Mahathir menangani skandal BMF sehingga mengalami kerugian AS$1 bilion. 

Ia mendakwa, Dr Mahathir tidak memperbesarkan kesalahan BMF, sebaliknya strategi kerajaan pada waktu itu adalah menangani isu dan mencari jalan keluar untuk menyelamatkan bank berkenaan. 

"Keterangan mengikut keadaan menunjukkan skandal itu turut membabitkan pentadbiran Dr Mahathir. Sebagai bank yang dimiliki kerajaan, Bank Bumi dikawal Kementerian Kewangan serta Bank Negara dan sebarang keputusan penting perlu mendapat kebenaran kedua-dua pihak. 

"Sehubungan itu, tidak mungkin kerajaan tidak mengetahui mengenai kenaikan had pinjaman bagi cawangan luar negara yang membolehkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong," menurut dokumen yang dimuat turun dari laman web agensi terbabit. 


Dokumen itu, bagaimanapun, tidak mengaitkan Dr Mahathir dan BMF secara terus, namun kedudukan politik beliau sebaik mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981, dicemari oleh skandal terbabit. 

Sementara itu, peguam Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, ketika dihubungi, memaklumkan pihaknya mahu meneliti laporan portal terbabit terlebih dahulu, sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kredit