Tak Setuju Fresh Grad Minta Gaji RM6,000? Pandangan Anda Pasti Berubah Lepas Baca Ini

Akhir tahun 2016 yang lalu masyarakat bercakap-cakap mengenai isu graduan lepasan universiti yang 'demand' meminta gaji sehingga RM6,000 untuk gaji pertama mereka. Ramai golongan senior yang tidak dapat menahan emosi seterusnya menghamburkan kata-kata sinis kepada golongan 'fresh grad' hari ini. 


Tetapi pernahkah kita terfikir secara rasional, adakah wajar perminataan gaji RM6000 tersebut dengan keadaan semasa di negara kita hari ini? 

mybuletin.net tertarik untuk berkongsi penulisan Saudara Ikhwan Hafiz di facebook beliau mengenai hal ini. Saudara Ikhwan banyak berkongsi perihal kerjaya dalam bidang oil and gas, serta peluang-peluang pekerjaan terutamanya buat graduan dalam lapangan tersebut.

Gambar diambil daripada Facebook Ikhwan Hafiz

Taraf pendidikan penentu tangga gaji?

Ramai orang membangkang siswazah yang baru menerima ijazah pertama tidak layak mendapat gaji MYR 6 500. Kenapa? Saya kurang setuju.

Hasil pemerhatian saya, dari tahun 2006 sehingga 2015 menampakan pemegang sijil dan diploma menunjukkan peningkatan tangga gaji ('majority' MYR 1 500 dan ke bawah). Tetapi hanya berlegar di sekitar MYR 1 500 ke MYR 2 000. Jadi boleh dikatakan 'cap limit' adalah MYR 2 000 untuk golongan ini.



Pemegang ijazah sarjana muda adalah yang paling berkecamuk (tidak seragam) tangga gaji mereka. Dari 2006 ke 2008, tangga gaji MYR 1 500 adalah 'dominant' diikuti oleh MYR 1 5001 ke MYR 2 000, MYR 2 001 ke MYR 2 500, MYR 2 501 ke MYR 3 000 dan MYR 3 001 ke atas. Manakala 2009 ke 2015 menunjukkan tangga gaji yang semakin sihat ke arah MYR 3 001 dan ke atas adalah 'dominat'.

Untuk pemegang sarjana pula MYR 3 001 ke atas adalah kebiasaan (secara purata menunjukkan peningkatan) dari tahun 2006 sehingga 2015. Tetapi untuk pemegang Ph.D sejak dari tahun 2009 menunjukan penurunan.



Pemegang diploma dan sarjana muda adalah yang paling ramai di dalam taraf pengajian. 134 000 untuk diploma dan 123 000 untuk sarjana muda. Angka ini dibandingkan dengan tenaga kerja di Malaysia yang berjumalah lebih kurang 15 juta dengan kadar pengangguran sebanyak 3.5% berjumlah 515 200 orang (lsetakat Ogos 2016).

Jika anggaran saya tepat angka ini ditolak dengan jumlah siswazah yang berjaya 'graduated on time' untuk sarjana dan diploma menjadikan sebanyak 258 813 orang yang dibuang kerja! Bersesuaian dengan laporan dari Malaysian Employers Federation melalui Utusan Online mengatakan lebih 200 000 siswazah menganggur.




'Kerugian Buat Negara Jika...'

Malaysia mengalami kerugian MYR 16 000 (hasil 6% GST) sehari jika mereka ini tidak membelanjakan sekurang-kurangya MYR 1 setiap hari.

Berbalik kepada isu gaji sebanyak MYR 6 500 oleh siswazah berijazah sarjana muda, ianya adalah satu langkah tepat untuk negara mengorak langkah dalam menakluk takhta negara maju menjelang 2020. Antara ciri-ciri negara maju:
  1. pendapatan per kapita yang tinggi
  2. angka pengangguran yang rendah

Jadi, kenapa kita tidak dapat mengatakan ya kepada kenaikan gaji mereka ini? 

'Manfaat Kenaikan Tangga Gaji di Malaysia'

Kenaikan tangga gaji secara tidak lansung dapat:
  1. menaikkan taraf hidup
  2. pengaliran wang MYR ke dalam negara
  3. menggalakkan pertumbuhan ekonomi
  4. berkuranganya 'complecency' di antara pekerja
  5. 'higher efficiency'
  6. 'result driven'
dan sebagainya. Pucuk pangkalnya, adakah anda sekalian mahukan kehidupan anak-anak kita lebih teruk dari perjalanan kerjaya kita yang terdahulu? 

Jika inflasi sebanyak 3% setahun dapat kita terima dengan matang kenapa tidak kepada mereka ini?

'Kita Lebih Pentingkan Diri Sendiri...'

Nampaknya kita masih mementingkan diri sendiri dari nasib cucu cicit di tahun hadapan.


Sumber:
  • Jabatan Perangkaan Malaysia
  • Malaysian Economy, Oxford
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Malaysian Employers Federation
  • Rich Malaysia, Poor Malaysian
P.S: Ini pendapat saya semata. Teruskan membaca rakyat Malaysia.

Kredit: mybuletin.net