Tendang & Pijak Isteri Sampai MATI Ini Hukuman Yang Buat Ramai Puas HATI !!!

Tags


KUALA LUMPUR – Perbuatan kejam seorang tukang masak memijak dan menendang isterinya sampai mati kerana menuntut cerai mendapat pembalasan setimpal apabila dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Hakim Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu ke atas tertuduh Jamaluddin Ali, 43, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Amelia dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati, keterangan tertuduh bahawa terdapat individu lain yang membelasah isterinya pada hari kejadian adalah penafian semata-mata.
“Dalam keterangannya, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia hanya memukul dan menendang isterinya sebanyak dua kali.

“Bagaimanapun, dalam keterangan saksi pendakwaan lain, ia lebih konsisten kerana saksi lain termasuk kawan mangsa melihat sendiri mangsa dipukul bertubi-tubi menggunakan batang penyapu, joran dan kasut.

“Selain itu, keterangan anak-anak tertuduh juga boleh dipercayai kerana turut melihat ibu mereka dipukul oleh ayah mereka (tertuduh),” katanya.-Kosmo