Tindakan Mengejutkan JDT Menjelang Liga Malaysia Ini Buatkan Ramai Penyokong TERKESIMA!



KUALA LUMPUR – Hanya dua hari sebelum kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim 2017 bermula, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakukan kejutan dengan tidak lagi menggunakan khidmat ketua jurulatih, Mario Gomez.

JDT, selaku juara bertahan Liga Super, berkata mereka telah mencapai persetujuan bersama untuk berpisah dengan jurulatih kelahiran Argentina itu.

Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, dalam kiriman terbaru di laman Facebook, Johor Southern Tigers, hari ini, berkata jurulatih berkenaan bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

Menurutnya, keputusan itu dibuat demi kebaikan kelab dan hala tuju kelab adalah paling utama dari segala-galanya.

“Walau bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada jurulatih legenda itu atas sumbangannya sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam usaha masa depannya,” katanya.

Sejak dilantik ketua jurulatih JDT pada 2015, beliau berjaya membawa skuad Harimau Selatan itu muncul juara Piala Sumbangsih musim lalu, Liga Super dua bermusim berturut-turut selain merangkul Piala AFC but julung kali pada 2015.

Beliau turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Jurulatih Terbaik dalam Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.

JDT akan menentang juara Piala Malaysia, Kedah, pada perlawanan Piala Sumbangsih, iaitu perlawanan pembuka tira Liga-M 2017, di Stadium Larkin, Johor Bahru, Jumaat ini.

Perlawanan tersebut bertindak sebagai perlawanan pertama kempen Liga Super 2017. – BERNAMA

Kredit: Mynewshub.cc