(Video) 'Faiz Subri Anak Didik Saya Juga' - Tan Sri Annuar Musa


Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengucapkan tahniah kepada pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri di atas kejayaannya dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016.


Kata Annuar, Faiz juga merupakan anak didiknya sewaktu bermain untuk pasukan Kelantan -The Red Warriors.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat Mara di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Annuar yang juga Pengerusi MARA, berkata penjualan salah satu daripada empat hartanah pelaburan Mara Incorporated di Melbourne, Australia adalah menguntungkan.

Annuar berkata hartanah itu, yang disahkan adalah 51 Queen Street di Melbourne, yang dibeli pada AUD21 juta sudah berjaya dijual pada AUD23.4 juta.

Dengan penjualan harta itu, Mara Inc berjaya membayar hutangnya kepada dua bank di Australia.

Kredit: KiniTv & Mybuletin