(Video) Kalau Dulu Guna Limosin Je, Kali Ini Hafiz Kembali Buat Kejutan Dengan Kapal Mewah Pula


Tahun lepas, jadi tular di dalam laman-laman media sosial di Malaysia mengenai perkhabaran seorang jejaka yang dikenali dengan nama Hafiz yang telah membuat kejutan kepada tunangnya dengan membawa tunangnya itu menaiki sebuah limosin yang disewa khas bagi meraikan kasih sayang beliau terhadap tunangnya itu.

Kali ini Hafiz Mahamad ‘surprise’ keluarga dan tunang menggunakan kapal mewah pulak. Memang sweet video tu ala-ala ‘Titanic’ pun ada. Bertuah betul ada anak yang macam ini kan?
Haa jangan ada yang tag pakwe/tunang/suami masing-masing pula ye. Tak mewah tak apa janji bahagia betul tak?

Angan-angan sejak kecil

Dari kecil aku sentiasa berangan angan untuk ada kehidupan yang sempurna. Membawa keluarga ku, dan insan yang aku sayang untuk berada dalam keadaan hidup yang senang. Rezeki yang diberi tuhan adalah satu ujian untuk aku supaya tidak lupa akan mereka ini yg telah berjasa. Ini untuk mereka, ini semua untuk mereka. Aku tidak pedulikan apa kata orang, kutukan orang kerana ini kebahagiaan aku, mereka semua kebahagiaan aku. Aku harus terus berjalan untuk maju & terus membuat ini bahagia. Dengan izin Allah yang maha berkuasa, kau limpahi lah mereka ini dengan kebahagiaan. – Hafiz Mahamad

Raikan mereka yang pernah berjasa


radziaziz@HafizMahamad. One month sebelum new year, Hafiz called tanya boleh organize suprise ke x, sbb dia tahu aku organizer in JB which is can handle any occasion. Dia mmg kawtim baik punya n event ni dia prepare sebulan sbb dia nak make sure the event went smoothly. Dia nak suprise lain dari yang lain dan yang akan eratkan silaturrahim sebab dia nak involve kan family and paling penting yang paling dia sayang which is aina. Sebab apa ? sebab dia nak appreciate orang yang banyak berjasa dengan dia lebih lebih lagi family sebab tanpa dorang dia takde dekat dimana dia duduk sekarang ini. Lepastu suprise ni masuk sekali with new year celebration so dia mcm all in skali.hehe. So yang peliknya, aku organiser tapi Hafiz plan everything! Semua dah ada dalam kepala dia. Aku try discuss dengan dia, macamana kalau kita try sponsor you untuk event ni. And he said no! Ini kenang kenangan aku, effort aku takda istilah sponsor. I was like gila mamat ni. Kalau @sugarsurprise dulu call him king of suprises, yes he is! Pada aku, He wanted to inspire young people to always working hard for your family and love. Dari membazir kearah bukan bukan, better buat orang happy.

Kredit