Wanita Bersama Anak Kecil Kena Pukau Di Stesen Petronas Kota Masai, Mohon Hati-Hati !


Walaupun statistik daripada pihak berkuasa mengatakan kadar jenayah di negara kian berkurangan tetapi masyarakat semakin berasa tidak selesa dan bimbang dengan kes-kes jenayah yang kerap berulang, sehingga menimbulkan ketakutan untuk melakukan aktiviti harian.

Terbaru kita menerima banyak laporan mengenai kes-kes pukau yang semakin menjadi-jadi tetapi agak menyedihkan apabila kes jenayah yang serius seperti ini kurang mendapat liputan media massa yang lebih cenderung membincangkan hal politik sahaja.

Mangsa terbaru kes pukau pada 5 Januari 2017 yang lalu, Yana Stilleto berkongsi di facebooknya tentang bagaimana dia telah dipukau semasa membelikan mainan untuk anak kecilnya di stesen Petronas Taman Kota Masai, di Johor.

BUKAN REZEKI AKU.

semalam balik kerja singgah petronas kota masai nak isi minyak. Sebelum tu parking tepi dulu nak belikan budak kecik tu mainan.

"................"

tak tau kenapa dan apa yg jadi tetiba ada sorang kakak ni lingkungan umur 40an tepuk2 pipi aku. dia kata panggil aku banyak kali tak sahut. 

Sekali aku tengok Aayan tengah nangis pegang kaki aku. Allahu...aku terus nampak beg duit aku kt atas bonet kereta depan. 

Kakak tu kata anak dia yg suro kakak tu tengok aku sebab aku mcm org bingung dgn Aayan nangis semahunya. Dia kata aku berbual dgn sorang lelaki. Allah. Aku TAK INGAT langsung.

Kepada si lelaki, aku TAK halalkan semua duit yg kau ambil. Tapi aku berterima kasih sebab kau tak kacau anak aku.

Kepada kakak dan anaknya yg BAIK HATI, Allah je yg dapat balas kebaikan korang.


Buat para pembaca, sila berhati-hati walau dimana anda berada. Tidak salah untuk lebih berwaspada dan jangan mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali. Sampaikan juga peringatan dan nasihat kepada adik-beradik, anak-anak, serta rakan-rakan supaya kejadian jenayah seperti ini dapat dikurangkan.

Kami juga menyeru pihak berkuasa agar mengambil berat kes-kes 'terpencil' seperti ini. Orang awam kalau menjadi mangsa jenayah jangan takut-takut untuk buat laporan polis, sebab pihak polis pasti bertindak sekiranya jenayah dilaporkan kepada mereka.

Sama-sama kita saling membantu membanteras jenayah terkutuk!

Kredit: mybuletin.net