(Gambar) Tengku Pahang Dah Suruh Timbus, Tapi Tak Jalan... Bapa Nekad Timbus Lombong Bauksit

Tags


KUANTAN – Kira-kira 30 penduduk di Taman Sungai Karang Jaya hari ini melakukan simbolik menimbus lokasi kejadian tiga kanak-kanak yang ditemukan lemas di kolam bekas lombong bauksit di kawasan perumahan itu.

Simbolik itu sebagai tanda protes kegagalan pihak berkaitan menimbus segera lokasi kejadian meskipun diarahkan berbuat demikian oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Menurut Mohd Sharif Awang Ngah, 50, bapa kepada seorang daripada mangsa lemas Nureen Ain Juwita, 10,  sehingga petang ini, lokasi kejadian masih terdedah seperti sebelum ini.

“Tindakan ini bukan untuk saya sahaja tapi semua penduduk kampung dan taman yang marah dengan pengusaha lombong membiarkan kawasan itu.

“Saya harap pihak berkuasa ambil langkah segera timbus dua lombong ini sebelum lebih banyak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya yang memetik Harian Metro.

Dalam kejadian 5.45 petang semalam, tiga kanak-kanak termasuk dua beradik iaitu Sasabella Zulhairi, 12, dan adiknya Mahathir Mohamad, 7, serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita lemas di kawasan bekas lombong bauksit di taman perumahan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC