Peguam Negara Kaji Penjara Seumur Hidup Pembocor Rahsia



Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali sedang menimbang untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya.

Katanya, Pejabat Peguam Negara sedang mengkaji untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan.

“Di sesetengah negara, membocorkan rahsia rasmi adalah satu kesalahan yang serius, seperti di China di mana ia membawa hukuman mati,” katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar Sinchew Daily.

AG menegaskan sekira wartawan melindungi atau enggan mendedahkan sumber dengan memohon etika kewartawanan, mereka akan dianggap bekerjasama dengan pensabotaj.

“Kami mungkin mendakwa wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka.

“Saya tidak bergurau. Jika saya mempunyai 90 peratus bukti, saya akan dakwa wartawan, editor, penolong editor dan ketua editor. Saya serius, bukan main-main. Berlaku terlalu banyak kebocoran rahsia di Malaysia.

“Hak untuk tahu tidak diberikan oleh perlembagaan,” katanya lapor Malaysiakini.

Komen: Apakah begitu mudah  mahu memenjarakan orang yang mengetahui maklumat, dokumen atau bukti salah laku dan mereka yang melaporkannya.

Isu ini timbul mungkin muncul setelah pendedahan pertama yang menggemparkan oleh Rafizi bagi NFC, Akmal Nasir bagi Yapeim, Syed Ali bagi Tabung Haji, Malaysiakini dan The Malaysian Insider semestinya termasuk dalam skop yang dikaji.

Untuk kebaikan sistem sepatutnya Akta Perlindungan Pemberi Maklumat diperkukuhkan dan mereka ‘whistleblower’ perlu dilindungi. Apa pandangan pembaca?

*Gambar Free Malaysia Today