'Tak Faham Kenapa Orang Sibuk Bagitau Lokasi Polis/JPJ Buat Roadblock' - Baca Luahan Pemuda Ini !


Boleh dikatakan hampir setiap kali membuka telefon atau media sosial, akan ada sahaja info yang memberitahu lokasi polis membuat sekatan jalan raya (roadblock).

Namun adakah wajar info seumpama itu disebarkan?

Seorang pengguna Twitter, Dr. SiD23 berkata tindakan itu adalah tidak wajar malah dia merasa pelik mengapa info seperti itu mudah sangat disebarkan oleh orang ramai.


Menjelaskan pendiriannya itu, Dr. SiD menyifatkan penjenayah sebagai seseorang yang licik dan sentiasa berfikiran kehadapan. Dan sudah tentu golongan itu sentiasa mencari 'lubang' untuk mengelakkan diri dari dikesan pihak berkuasa.

Salah satu 'lubang' itu sudah tentunya melalui info sekatan jalan raya yang dikongsi oleh orang ramai di media sosial.

Malah Dr. SiD juga berkata dia pernah menemukan peragut yang menggunakan alat talkie walkie untuk berkomunikasi.




Selain itu, Dr. SiD juga turut berkata info-info seperti sekatan jalan raya ini tidak patut diviralkan oleh orang ramai.

"Tujuan roadblock sebenarnya nak kesan kesalahan/penjenayah dengan cegah jenayah. Tapi itulah makin banyak pula yang hebohkan lokasi roadblock" katanya.




Sumber: Twitter Dr. SiD

Kredit