Anak Gadis Hidup Tidak Tenteram Warga Asing Kuat Skodeng Di Rumah

Tags


Kulim - Gempar,anak gadis, wanita dan sebahagian penduduk di kawasan Sungai Karangan, di sini, tiada lagi ketenteraman apabila dipercayai beberapa lelaki warga asing yang tinggal di kawasan terbabit bertindak mengintai mereka, lapor Harian Metro.

Kelmarin, satu kejadian terbaru telah dilaporkan. Semuanya bermula semenjak beberapa bulan lalu apabila ada diantara wanita dan anak gadis mendakwa telah beberapa kali terserempak dengan warga Myanmar yang mengintai atau skodeng mereka ketika di bilik air dan juga di bilik tidur.

Menurut Noryana Ali, 38, salah seorang penduduk di kawasan itu, mendakwa, kejadian tersebut sebelum ini tidak pernah berlaku, tetapi semenjak kedatangan warga asing ke kawasan ini kehidupan mereka telah berubah dan menjadikan tiada lagi privasi serta ketenteraman.

Jelasnya lagi, perkara ini sebelum ini tidak pernah dilaporkan kepada pihak polis dan semuanya hanya menjadi bualan penduduk kampung sahaja.

Tetapi, setelah kejadian terbaru yang berlaku pada awal pagi kelmarin tidak lagi boleh dibiarkan apabila seorang anak gadis telah diganggu suspek yang ketika itu menghulurkan tangan menerusi tingkap serta membaling batu ke dalam bilik tidur, katanya.

Dia juga berkata, semuanya berlaku ketika orang ramai sedang tidur iaitu pada jam 4 pagi termasuk anak gadis jirannya yang berusia 15, 17 dan 18 tahun yang didakwa telah diganggu warga asing itu.

Sewaktu kejadian itu berlaku, ibu mereka tiada di rumah dan abangnya yang berumur 20 tahun tidur di bahagian ruang tamu.

Walau bagaimanapun, salah seorang anak jirannya itu yang berusia 15 tahun telah terjaga dari tidur dan terkejut kerana terlihat ada tangan manusia di tingkap seolah mencari sesuatu yang mengakibatkan dia terus mengejutkan kakaknya sebelum mereka terus melarikan diri keluar dari rumah.

Manakala, mangsa yang berusia 18 tahun turut diganggu ketika sedang tidur di bilik yang berasingan dan dibaling batu melalui tingkap yang terkena pada dirinya. - Koleksi Viral

Sumber: Harian Metro