Bakal Terima Audi R8 RM1Juta, Lihat Reaksi MENGEJUTKAN Aiman Tino... Ada Yang Jeles??

Tags



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapalah tahu. Begitulah yang boleh digambarkan kepada Aiman Tino apabila beliau bakal menerima kereta Audi R8 berharga kira-kira RM1 juta daripada syarikat Wonder Glow. Hadiah itu diberikan bagi pembakar semangat sempena kerjasama strategik menghasilkan produk kecantikan untuk remaja, Sweet Aiman.

“Sudah tentu saya teruja. Pada masa sama terharu dengan kepercayaan pengurusan Wonder Glow yang menaruh keyakinan tinggi terhadap nama Aiman hingga sedia menyerahkan Audi R8 sebagai tanda usaha sama ini,” katanya kepada Berita Harian Online.

Menurut syarikat berkenaan, kenderaan mewah tersebut diberikan kepada penyanyi yang semakin meningkat naik itu sebagai pemangkin untuk bergerak ke seluruh negara bagi mempromosikan jenama barangan keluarannya itu. Bagaimanapun pihak syarikat akan menyediakan khidmat pemandu sementara sehingga Aiman mengambil lesen penuh.

Memang bertuah Aiman, di usia yang masih muda iaitu 19 tahun sudah boleh memiliki kereta mewah seperti ini. Namun inilah yang dikatakan rezeki. Semoga pemberian hadiah istimewa ini memberi semangat untuk Aiman bekerja keras dalam perniagaan.

Sumber: Rotikaya