Bangkit Dari Gelandangan, Lihat Perkembangan TERKINI Ben Nathan Pasti Buatkan Ramai TERUJA !

Tags



BANGKIT dari kehidupan sebagai gelandangan, penyanyi era 1980-an, Ben Nathan diberi peluang mengadakan konsert bagi menghiburkan peminatnya di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.

Konsert yang dianjurkan Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) dengan bekerjasama ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Syed Mohd. Yusof Syed Nasir atau Jojo itu bakal diadakan sebelum bulan Ramadan tahun ini.

Harian Metro melaporkan, Presiden YA1M, Datuk DJ Dave berkata, konsert tersebut memberi peluang kepada Ben untuk bertemu dan menghiburkan peminatnya selepas keluar dari hidup sebagai gelandangan sebelum ini.

Menurutnya, minat pelantun lagu Stanza Sekeping Hati dalam bidang nyanyian tidak pernah pudar dan mengingati semua lagunya serta sering bercerita tentang muzik berbanding kehidupan yang dilaluinya sebelum ini.

“Dia (Ben) memerlukan sokongan pelbagai pihak dan keadaanya semakin baik terutama dari segi penampilan.

“Dia nampak lebih gembira walaupun ada sedikit keresahan kerana terlalu lama berada di hospital,” katanya.

Ben kini masih menjalani rawatan di wad psikiatrik Hospital Kuala Lumpur selepas hampir sebulan ‘diselamatkan’ dari hidup sebagai gelandangan pada 3 Febuari lalu.

Dave berkata, konsert tersebut juga diadakan bagi mengumbul dana bagi membantu Ben menjalani kehidupannya.

Jelasnya, projek bantuan amal itu masih dalam perbincangan dan penyanyi lain seperti Datuk Zainal Abidin juga sudah menyatakan persetujuan untuk membuat persembahan di konsert itu secara percuma.

Menurutnya, keluarga Ben menyerahkan sepenuh tanggungjawab kepadanya untuk menjaga dan menguruskannya kerana mereka bimbang Ben akan kembali hidup sebagai gelandangan semula.

Bulan lalu, Dave bersama beberapa ahli keluarga lain membantu Ben bagi mendapatkan rawatan di hospital selepas dilaporkan hidup gelandangan di sekitar ibu negara. – MYNEWSHUB.CC