Dato Vida Mengaku Bersalah...Yang Terkejutnya Bila Tengok Jumlah DENDA Dijatuhkan Hakim !

Tags



IPOH: Pengasas syarikat kosmetik Datuk Seri Hasmiza Osman, 46, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida diarah membayar denda RM500 selepas mengaku bersalah di mahkamah di sini kerana gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengarah Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd itu didakwa gagal mengemukakan Borang B bagi tahun taksiran 2011 walaupun notis akhir di bawah Seksyen 78 (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah diserahkan kepadanya.

Hakim Siti Hanum Mohamad Sah juga menetapkan penjara dua hari sekiranya Datuk Seri Vida gagal membayar denda tersebut.

Datuk Seri Vida kemudian membayar denda tersebut dan berjanji akan mengemukakan Borang B taksiran tahun 2011 dalam tempoh sebulan dari tarikh jatuh hukum.