Elak Hantaran Mahal, Pemuda Ini Sarankan Kerajaan Lakukan Langkah Ini.. Anda Setuju?

Tags


KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan budaya meminta wang hantaran perkahwinan dalam kalangan kaum Melayu merupakan satu adat yang menyusahkan urusan agama.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd. Ithnin berkata, adat itu menyebabkan golongan ibu bapa mengambil kesempatan meletakkan nilai hantaran yang tinggi kepada bakal menantu mereka.

Justeru, beliau menggesa kerajaan memberi insentif kepada mana-mana ibu bapa yang mengecualikan wang hantaran kepada bakal memantu mereka untuk menghindari adat itu.

“Kerajaan-kerajaan negeri mungkin boleh memikirkan bentuk insentif terhadap ibu bapa yang berani mengecualikan hantaran terhadap bakal menantu.

“Sedikit sebanyak, polisi sebegini mampu membuka mata masyarakat untuk menghindarkan adat yang menyusahkan urusan agama (perkahwinan),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Shazni Munir berkata, nilai wang hantaran yang tinggi ditetapkan ibu bapa antara punca ramai golongan muda dalam negara tidak dapat berkahwin

Dakwa beliau, ibu bapa menentapkan wang hantaran yang tinggi kerana mahu mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.

“Ibu bapa seharusnya tidak membuat keputusan terikut-ikut dengan `trend’ mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran dan meletakkan hantaran yang tidak masuk akal.

“Ia akhirnya membunuh hasrat berumahtangga generasi muda. Budaya menunjuk-nunjuk ini sama sekali tidak mempunyai asas dan wajar dihindarkan,” tegasnya.

PAN yang merupakan salah sebuah parti politik dibawah Pakatan Harapan yang diketuai DAP ditubuhkan bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam galam pakatan pembangkang. – MYNEWSHUB.CC