Gambar beberapa orang Tentera Darat cedera parah, putus kaki akibat letupan bom di Tampin sebenarnya adalah...

Tags



Gambar beberapa anggota Tentera Darat (TD) cedera parah termasuk putus kaki akibat terkena letupan bom yang tular di media sosial, hanya lakonan.

Gambar beberapa orang Tentera Darat cedera parah, putus kaki akibat letupan bom di Tampin sebenarnya adalah...

Sumber TD berkata, gambar itu diambil ketika lakonan pada majlis penamat kursus perubatan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini, semalam.

Menurutnya, anggota 14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) melakonkan situasi rawatan kepada 14 anggota cedera parah akibat terkena letupan bom di medan perang.

Katanya, hanya gambar anggota cedera terkena letupan bom tular melalui aplikasi WhatsApp sedangkan gambar ketika mereka membuat persiapan solekan kesan khas, tidak disertakan sekali menyebabkan orang ramai menyangka kejadian itu benar berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak ketika dihubungi turut menafikan kejadian itu berlaku dan tiada laporan polis diterima.