Inilah Fungsi Punat Shift Lock Yang 90% Pemandu TAK TAHU Bagaimana Nak Menggunakannya ! Sebarkan..

Tags


Bagi mereka yang memandu kereta transmisi automatik, anda tentu perasan di sebelah tombol gear akan ada punat kunci anjakan atau shift lock. Walaupun sudah memandu bertahun-tahun, jangan terkejut kerana memang ada sesetengah pemilik kereta automatik yang langsung tidak tahu fungsi butang tersebut. Sebenarnya apakah fungsi dan kegunaannya dan bilakah shift lock ini perlu menggunakannya?

Sebelum itu perkara yang perlu kita tahu ialah:

APAKAH ITU SHIFT LOCK?

Shift lock ialah ciri keselamatan baharu yang dibangunkan jurutera automobil selepas mengambil kira banyak insiden kecuaian pemandu. Ianya dicipta kerana kereta automatik yang tidak mempunyai fungsi shift lock kerap kali terlibat dengan dua insiden ini:

Pemandu panik kerana kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan, sedangkan keretanya itu dimatikan dalam gear sama ada D atau R. Enjin kereta automatik cuma dapat dihidupkan dalam posisi N atau P.

Pemandu menyangka kenderaan dimatikan dalam P, tetapi sebenarnya dalam N. Apabila dihidupkan, gear terus ditarik ke bawah (di bawah P ialah R) kerana mahu mengundur, tetapi kereta sebenarnya dalam D dan bergerak ke hadapan. Kemalangan pun berlaku.

Jadi bagi kereta moden hari ini, anda tidak perlu lagi risau kerana kereta anda mesti dimatikan dalam P sebelum kunci boleh dicabut.

PUNAT SHIFT LOCK?

Punat shift lock atau ada juga ditulis shift lock release berfungsi membebaskan transmisi anda daripada P. Ini kerana dalam situasi tertentu anda perlu meletakkan gear dalam N, misalnya kereta anda perlu ditunda akibat kerosakan seperti bateri mati atau kong. Di sinilah fungsi punat shift lock diperlukan. Cara menggunakannya adalah seperti berikut:

Enjin dimatikan dalam P.


Cabut kunci kereta.


Tekan punat shift lock tanpa melepaskannya dan pada masa sama tarik tombol gear.


Letakkan pada posisi N. Lepaskan punat.


Jangan lupa free-kan brek tangan


Cuba tolak kereta untuk memastikan ia berada dalam kedudukan N/neutral.

INFO EKSTRA


Bagi sesetengah kereta punat shift locknya memerlukan anda menggunakan pin atau pemutar skru mata rata untuk meriliskannya. Jangan lupa balut atau lapik pemutar skru dengan kain untuk mengelak kesan calar pada konsol gear.

Sumber:- PanduLaju.com