"Kejap... minum air kejap," titah baginda sambil tersenyum, video ini jadi viral serta merta !



KUALA LUMPUR 6 Mac - Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V yang dikenali ramai sebagai seorang raja yang merendah diri dan berjiwa rakyat hari ini membuat kejutan dengan membuka sendiri botol air minuman semasa merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13.


"Kejap... minum air kejap," titah baginda sambil tersenyum dan membuka botol air berkenaan dan terus minum dari botol tersebut.

Semua yang hadir ketika perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 dilihat tersenyum sesama sendiri ketika kedengaran bunyi 'aaaah...' yang menunjukkan Sultan Muhammad V selesai membasahkan tekak. - VMalaya


Kredit Info: Utusan, Kelantan FA
Gambar: VMalaya.blogspot.com