Lepas Viral "SSM" Punca Permohonan BR1M Gagal, Tiba-Tiba Hari Ini Perkataan SSM Dibuang, Tengok Ni !

Semalam kecoh di laman sosial apabila ramai yang membuat permohonan BR1M telah gagal atau permohonan tidak diluluskan.

Antara puncanya yang diberi ialah “Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan SSM”

Jika pemohon atau pasangan ada membuka SSM maka permohonan mereka tidak diluluskan dan mereka boleh membuat rayuan bermula April nanti.

Alasan ini terus menjadi viral dan banyak diperkatakan orang ramai dan menajdi tanda tanya.

Secara tiba-tiba, pada hari ini, alasan itu diubah pula.

Jika disemak di laman rasmi BR1M, perkataan SSM itu telah dibuang.

Alasan terbaru menjadi “Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan”

Ini gambar:

Semalam


 Hari Ini

Anda boleh semak permohonan anda di laman rasmi BR1M

Baca juga:
Lupakan BR1M, Dana Khas Yang Ramai Tak Tahu! Masih Ada Harapan Untuk Dapat RM1500


Kredit