Lupakan BR1M, Dana Khas Yang Ramai Tak Tahu! Masih Ada Harapan Untuk Dapat RM1500

Tags



Siapa anak kelahiran Selangor memang bertuah kerana Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dibawah naungan Kerajaan Negeri Selangor memberi wang sebanyak RM1500! Program yang dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) beri keutamaan pada semua anak Selangor yang lahir bermula 1 Januari 2008.

Program ini masih lagi berterusan dan tarikh tutup adalah mengikut hari ulangtahun pemohon tersebut. Tiada syarat tersembunyi, semuanya ada di sini. Asalkan korang dapat penuhi salah satu daripada tiga syarat ini, memang layak!

Syarat I 
 ● Warganegara Malaysia DAN

● Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor mulai 1 Januari 2008, DAN

● Sama ada :- ● Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor, ATAU

● Ibu atau bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU

 
Syarat II
1. Warganegara Malaysia, DAN

2. Lahir di Negeri Selangor mulai 1 Januari 2008, DAN

3. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun DAN

4. Cop pengesahan Taraf mastautin ATAU


Syarat III
1. Warganegara Malaysia, DAN

2. Lahir di luar Negeri Selangor , daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008 DAN

3. ** Ibu atau bapa yang lahir di daerah negeri yang bersempadan dengan Selangor (Negeri Sembilan, Perak, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Nak tahu samada permohonan lulus atau tidak? Penyata rasmi simpanan TAWAS akan dikeluarkan sebaik saja permohonan diluluskan oleh YAWAS. Makluman kepada Ibu bapa atau penjaga akan dilakukan untuk mengambil penyata tersebut.

Dah overqualified untuk mohon? Anak buah, anak member, anak saudara ataupun saudara-mara yang masih layak mungkin boleh nikmati manfaat yang disediakan khas ini!

Info lanjut klik di bawah