'Mayat tak dituntut dikebumi di sini' - Baca kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan

Tags



Georgetown: Kementerian Kesihatan masih belum menetapkan sebarang keputusan berhubung pengurusan mayat Kim Jong-nam yang kini masih berada di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, setakat ini kementerian tidak mempunyai peraturan yang menghadkan tempoh mayat boleh disimpan di hospital.

“Kita tidak boleh terburu-buru untuk buat keputusan besar seperti ini. Bagi kita tempoh, dan sebarang keputusan akan diumumkan nanti.

“Bagaimanapun, jika mengikut prosedur biasa, mayat yang tidak dituntut waris akan diurus dan dikebumikan di negara ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Jambori Balik Pulau 2017 
di Kompleks Sukan Balik Pulau, semalam.