Nuzul Terkeluar Dari Mentor Milenia 2017 Kerana Mulut Celupar Black?

Tags



Semalam telah berlangsung konsert kedua Mentor Milenia 2017 di TV3 antara protege Akim, Hazama, Black dan Tomok yang masing-masing mempersembahkan bakat di hadapan penonton, juri tetap dan juri awam.

Tetapi perbalahan antara Dato’ Hattan dan Black mengundang padah apabila protege‘nya, Nuzul tersingkir pada penghujung rancangan. Perbalahan mengenai persembahan Nuzul minggu lepas dikaitkan semula dalam persembahan minggu ini.
Ternyata peminat Nuzul dan netizen mengatakan Nuzul terkeluar dari Mentor Milenia 2017 semalam kerana mulut Black yang sangat celupar.

“Sepatutnya Black mempertahankan protege’nya sepertimana Tomok mempertahankan protege’nya” – komen salah seorang netizen di Facebook.
Selepas persembahan Nuzul, persembahan Syaheera mendapat pujian daripada juri tetap Dato’ Hattan tetapi dibangkang oleh mentornya sendiri iaitu Black yang mengatakan persembahan Syaheera sangat teruk!

Black seperti hilang arah dan melepaskan rasa tidak puas hati dengan juri tetap dalam komen tersebut sekaligus meminta selepas ini mahukan juri awam yang lebih profesional tetapi seolah-olah ayat tersebut kepada juri tetap Mentor Milienia 2017.

“Black masa Usop ujibakat kau main-mainkan dia, sekarang kau dah menyesal kan? Nuzul pun ada keluarga, kau terus kata dia tak kisah dia keluar malam ni” – komen daripada peminat Nuzul di Facebook.
Mungkin memang rezeki Nuzul di dalam Mentor Milenia 2017 sampai di sini sahaja, bukan salah sesiapa. Bak kata Dato’ Hattan, juri awam ok jer…

Paling best, protege Tomok, Along terus dapat markah penuh daripada juri awam selepas Black kutuk juri awam. Hahahaa…

Kredit: Bulletinmedia