Pelajar Ini Kantoi Buka Dompet Letak Atas Meja.. Lihat Apa Pengawas Peperiksaan Jumpa Pada Dompet Tersebut.



Oleh Razzlyn Rosli. (SinarFM)
Kredit Facebook Mohd Syazwan Shamsudin.

Seorang guru yang bernama Mohd Syazwan Shamsudin telah memuatnaik sekeping gambar di laman facebooknya dengan tujuan untuk berkongsi apa yang dirasa.



Situasi dimana dia sedang menjaga peperiksaan lalu menyedari salah seorang pelajarnya meletakkan dompet di atas meja dan membiarkan terbuka. 

Dengan penuh rasa curiga dan pelik, Syazwan menghampiri pelajar terbabit untuk melihat dengan lebih jelas apakah yang terdapat di dalam dompetnya.

Apa yang mengharukan, terpampang gambar ibu dan ayah pelajarnya dengan alasan gambar terbabit adalah sebagai motivasi pelajar tersebut untuk menjawab peperiksaan.


Kejadian kecil ini menyentuh hati seorang guru selepas mendengar penjelasan anak muridnya. Alangkah bertuahnya jika sikap ini dimiliki oleh setiap individu. Kadang - kala kita yang besar ini pun tidak berjiwa besar untuk mengingati ibu dan ayah kita. Tepuk Dada Tanya Selera.

p/s : Siapa yang dah lama tak balik menjenguk mak ayah tu boleh lah perlahan - lahan call tanya khabar, dan kepada yang ibu ayahnya sudah tiada jangan lupa sedekahkan Al - Fatihah. :)