Perogol 21 Kucing Dicekup, Kantoi Lepas Pengsan Kepenatan Dalam Kereta



LOS ANGELES – Seorang lelaki yang disyaki telah memperkosa sebelum membunuh 21 ekor kucing ditangkap setelah polis menemuinya pengsan di dalam keretanya bersama seekor kucing betina.

Penjenayah itu, Robert Roy Farmer, 25; dari San Jose akhirnya bakal dihukum penjara selepas mengaku bersalah di sebuah mahkamah dalam 21 pertuduhan jenayah seksual terhadap haiwan, lapor media tempatan, Mercury News.

Pihak berkuasa mengenakan dakwaan masing-masing untuk kes kucing yang diseksanya, penderaan kecil dan mabuk berlebihan ketika perbicaraan berlangsung di sebuah mahkamah di Santa Clara County dekat sini semalam.

Panel hakim dalam kes unik itu bagaimanapun ingin mendengar pandangan pakar psikiatri terlebih dahulu sebelum mereka dapat menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan kejam dilakukan oleh Robert tersebut

Tertuduh mengaku merogol sejumlah kucing sebelum membunuh mangsa. Hakim Sharon A Chatman akhirnya memutuskan agar pasukan psikiatri ditugaskan untuk memeriksa mental Robert atas permintaan pihak peguam.

“Perbicaraan mungkin perlu disambung semula pada 7 April depan. Setelah mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak, ia diharap dapat membantu kami untuk membuat keputusan penghakiman sewajarnya.

“Hal terpenting dalam perbicaraan ini adalah bagi memastikan kami (panel hakim) memiliki semua maklumat mengenai tertuduh untuk akhirnya menghasilkan keputusan yang adil dan masuk akal,” tambah Sharon.

Robert ditangkap ketika seorang anggota polis San Jose secara kebetulan menemuinya pengsan akibat keletihan teruk di dalam sebuah kereta dengan seekor kucing betina yang sudah mati pula berada di sebelahnya.

Hasil laporan bedah siasat pihak San Jose Animal Care and Service, sebuah agensi kebajikan haiwan tempatan menyatakan kucing berwarna jingga yang dijumpai mati di kereta Robert, menunjukkan tanda-tanda diperkosa.

Lebih mengejutkan apabila bangkai kucing malang itu juga didapati mengalami kecederaan serius pada bahagian alat kelaminnya malah DNA daripada Robert berjaya ditemui di bawah cakar si mamalia comel tersebut.

Setelah dilakukan ujian lanjutan DNA, ternyata Robert dikaitkan dengan kematian bersiri 21 ekor kucing terdahulu yang pernah mencetuskan kebimbangan masyarakat setempat. – Agensi/Mynewshub/cc/HAA