Sempoi! Lihat Respon Selamba Shah Rukh Khan Isu Ganti Hugh Jackman Jadi Logan !

Tags

Logan

Dilahirkan istimewa dengan kebolehan untuk mengeluarkan tulang dari celah jarinya, lelaki mutan yang diberi nama Logan menjadi watak anti-hero dalam siri X-Men dengan gelaran 'Wolverine'.

Hugh Jackman sudah sebati dengan watak ini sehingga ramai orang tertanya-tanya siapa yang akan menggantikan pelakon superstar tersebut selepas lakonan terakhir beliau sebagai Wolverine dalam filem Logan yang sedang ditayangkan.

Ketika diajukan soalan tersebut, Hugh Jackman tanpa berfikir panjang mencadangkan rakan artis daripada India sebagai pengganti. Siapa lagi kalau bukan King of Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK).

Perkara tersebut serta merta menjadi bualan ramai, dan ianya menimbulkan perasaan teruja dalam kalangan peminat kerana pelakon kelas A bollywood tersebut masih belum mencuba nasib dalam karier di Hollywood, walaupun sudah ramai artis bollywood lain berjaya melakukannya termasuklah Deepika Padukone dalam filem XXX: Return of Xander Cage baru-baru ini.

Melalui platform twitter rasmi miliknya, Shah Rukh Khan memberikan respon terhadap cadangan tersebut. Anda boleh baca di bawah:

SRK

Jadi adakah mungkin perkara ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi? Pasti menarik untuk saksikan bagaimana Shah Rukh Khan memikul cabaran untuk menjayakan karakter Wolverine dari sisi lain, selepas berbelas tahun peminat sudah sebati dengan Logan versi Hugh Jackman.

Kredit