Tinggal kenangan foto perkahwinan belum diserahkan ... Pengantin lelaki sudah pergi buat selamanya (6 Gambar)

BUTTERWORTH : Foto perkahwinan antara Mohamad Fandi Rosli dan pasangannya Noura pada Disember lalu baru sahaja disiap oleh photographer dan akan diserahkan pada pasangan ini,namun hari ini pengantin lelaki telah dijemput Ilahi maut kemalangan pergi buat selamanya.

Mengikut photographer majlis perkahwinan itu Nadzme Nadzem berkata dia sungguh terkejut mendengar berita itu yang pelanggannya terlibat dalam kemalangan maut akibat kecuaian seorang remaja wanita memandu melawan arus.



Sungguh tragis dan sayu apa yang berlaku arwah fandi seorang yang sangat baik dan disenangi rakan-rakan ucapan diri nya semasa hari lahir isteri tercinta pada Februari lalu juga mengundang pilu.

Semoga isterinya terus tabah menerima dugaan yang amat berat ini, dan kepada pelaku yang terlibat mendapat hukuman yang setimpal, salam takziah semoga roh arwah dicucuri rahmat.