(Video) Jijik! Uli Sampai Ke Lengan, Siap Lap Dahi Lagi.. Aksi Mamak KL Buat Roti Canai Dikecam Netizen



EUWWW… Masih berselera lagikah anda untuk roti canai di kedai mamak selepas menonton video ini?

Video yang dirakamkan seorang pengguna Facebook dikenali Iky Faiereyl menunjukkan aksi menjijikkan seorang penguli tepung di sebuah restoran mamak yang selamba menguli sehingga ke pangkal lengan dan disusuli dengan aksi mengelap peluh di dahi.

Terus kembang tekak tengok video ni…

Aksi selamba pekerja itu dilakukan di tempat terbuka dan lokasi kedai mamak ini dikatakan di sekitar Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Ni nasiblah dia buat kat tempat terbuka, kalau dia buat kat tempat tertutup, tak tahu aksi jijik apa lagi yang dia boleh buat…

Kembang tekak dibuatnya… Harapnya pihak pengusaha kedai mamak dapat mengambil langkah dengan menasihatkan pekerja mereka supaya sentiasa menjaga kebersihan dan mungkin juga boleh menyarankan pekerja untuk memakai sarung tangan plastik untuk kerja-kerja menguli. – MYNEWSHUB.CC